| Amin Ahmad |
Frederic Bastiat, seorang ahli ekonomi dan penggubal dasar di Perancis pada abad ke-19 pernah mengungkapkan: “Nyawa, kebebasan dan harta benda tidak wujud kerana manusia membuat undang-undang. Sebaliknya, sebenarnya nyawa, kebebasan dan harta benda telah sedia wujud dan mendorong manusia membuat undang-undang”. Reformasi Pilihan Raya di Malaysia Pada 10 November 2007, satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah diadakan di Kuala Lumpur dan saya terlibat menyertainya. Perhimpunan ini diadakan bertujuan menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dengan empat tuntutan utama iaitu: Semakan semula daftar pemilih yang lengkap untuk memastikan segala kesalahan dibetulkan. Penggunaan dakwat kekal untuk mencegah pengundian berulang. Pemansuhan undi pos, kecuali kepada para diplomat serta pengundi di luar negara. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam Pilihan Raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat, khususnya para pengundi di Malaysia. Selain daripada empat tuntutan utama ini yang bersifat jangka pendek, BERSIH turut menggariskan sejumlah tuntutan jangka panjang berkaitan sistem dan pentadbiran pilihan raya, penamaan calon dan parti, kempen pilihan raya, media, kerajaan sementara, daftar pemilih dan juga proses pengundian (rujuk bm.bersih.org/?page_id=53 untuk maklumat penuh). Sehingga kini, semua tuntutan ini seperti tidak diendahkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang pada mulanya mahu memperkenalkan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah membatalkan keputusan tersebut pada saat akhir dengan alasan bahawa terdapat laporan polis yang menyatakan ada pihak telah menyeludup dakwat kekal untuk penyelewengan Pilihan Raya. Akibatnya, dakwat kekal bernilai RM3 juta yang didakwa telah dibeli oleh SPR tidak digunakan dan menyebabkan satu lagi pembaziran dana awam. Dalam kenyataan SPR kemudiannya, mereka mahu menggunakan sistem biometrik tetapi ia akan memakan masa dan belanja sebelum dapat dilaksanakan. Alasan yang bersifat dolak-dalik ini tidak wajar dibuat. Sepatutnya laksanakan sahaja apa yang mudah dan dapat dibuat sementara menunggu sesuatu yang sukar dapat dilaksanakan kemudiannya. Justeru pada 9 Julai 2011 nanti, BERSIH akan menganjurkan perhimpunan kedua yang dinamakan BERSIH 2.0 untuk memanjangkan 7 tuntutan iaitu: Pendaftaran pemilih secara automatic sebaik sahaja mereka mencecah usia layak mengundi. Reformasi kepada sistem undi pos untuk para pengundi di luar bandar. Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang. Akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding. Tempoh kempen minima selama 21 hari. Hak untuk badan bebas memantau proses pilihan raya dengan kebebasan untuk bertindak bagi menguatkuasa perkara berhubung kesalahan pilihan raya. Menghapuskan rasuah pilihan raya. Saya fikir semua tuntutan ini adalah sederhana. Penyertaan saya semasa perhimpunan pertama dahulu adalah sebagai tanda solidariti kepada semua tuntutan tersebut kerana berpendapat ada kelemahan dalam Sistem Pilihan Raya di Malaysia dan ia tentunya boleh diperbaiki demi masa depan sebuah kehidupan bernegara yang lebih baik. Ini penting kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Berdasarkan pemahaman saya, demokrasi bermaksud pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat atau mudahnya rakyat adalah sumber keabsahan sebuah pemerintahan. Maksud ini ditunjukkan oleh satu sistem pilihan raya sebagai cara praktikal untuk menentukan siapa akan melaksanakan kuasa politik dalam negara dan tentunya kepada seluruh penduduk termasuk mereka yang dipilih. Justeru, sebuah Pilihan Raya yang dijalankan mestilah adil dan dilihat adil bermula daripada pendaftaran sebagai pemilih sehingga kiraan dan keputusan rasmi daripada pemilihan tersebut. Selain itu, pilihan raya juga perlu dibuat secara berkala bagi membolehkan rakyat mempunyai kawalan terhadap pemerintah dan pemerintahan daripada pelbagai salah laku atau kelemahan kerana sumber asal keabsahan pemerintahan ini adalah daripada rakyat. Maka, rakyat berhak untuk membuat pilihan lain sekiranya mereka berpendapat itu lebih baik. Ini adalah pemahaman demokrasi yang asas dan perlu difahami oleh setiap warganegara Malaysia agar isu-isu berbangkit mengenainya dapat dibincangkan dengan semangat kebebasan dan keadilan, seperti yang terungkap dalam Pemahsyuran Kemerdekaan negara. Dalam Laporan Indeks Demokrasi yang dibentuk oleh Unit Cendekiawan Economist, Malaysia berada di tangga ke-71 dan dikategorikan sebagai sebuah negara yang pincang amalan demokrasinya, sama seperti puluhan negara lain. Namun, harus menjadi perhatian di sini ialah jumlah mata penilaian yang diberikan untuk ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian hanya 6.50 (daripada 10.0 mata penuh). Ini bermaksud, daripada 53 buah negara yang dikategorikan pincang demokrasinya, Malaysia hanya lebih baik daripada Namibia yang mengutip 5.25 mata dalam ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian. Ia juga menunjukkan kutipan mata dalam ciri tersebut lebih rendah berbanding sebahagian negara dalam kategori hibrid rejim. Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa proses pilihan raya di Malaysia perlu diperbaiki. Meskipun semua tuntutan itu sederhana dan penting dalam konteks sistem kenegaraan, ia lebih banyak dilihat oleh pihak kerajaan dan parti pemerintah sebagai agenda politik yang bertujuan menjatuhkan mereka. Ia seolah-olah satu pengakuan bahawa semua tuntutan itu mempunyai asasnya tersendiri dan kerajaan serta parti pemerintah tidak bersedia memenuhi tuntutan tersebut kerana ia hanya merugikan mereka. Jika benar, itu tentulah tidak dapat diterima kerana jelas sekali kerajaan dan parti pemerintah membelakangi proses demokrasi yang sihat untuk kekal berkuasa. Kerajaan dan parti pemerintah harus sedar bahawa petunjuk demokrasi ini sentiasa akan dipakai dan dipertahankan, terlepas parti mana pun yang berjaya mendapatkan kerusi majoriti dalam pilihan raya. Demokrasi dan petunjuk amalan terbaik pilihan raya tidak wajar dijadikan hak milik mana-mana parti politik atau pihak tertentu. Sebaliknya, ia mesti dijadikan satu prinsip dan petunjuk yang menjadi milik dan amalan bersama. Selain daripada itu, pertikaian juga muncul berkaitan keperluan mengadakan perhimpunan awam untuk penyerahan memorandum semua tuntutan tersebut. Ini adalah satu pertikaian yang telah lama timbul dan saya fikir ia mesti diselesaikan secara tuntas. Pertama, saya percaya bahawa hak BERSIH untuk berhimpun dan bergerak ke Istana Negara dengan tujuan menyampaikan memorandum semua tuntutan tersebut perlu dijamin. Jaminan yang sama perlu diberikan kepada Gerak Aman atau Pemuda UMNO sekiranya mereka juga mahu berhimpun. Jaminan ini adalah selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 20(1) Deklarasi Sejagat tentang Hak Asasi Manusia 1948 dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. Beberapa pertikaian wujud dan ia boleh dibincang atau didebatkan untuk memperkaya pemahaman masyarakat tentang Perlembagaan dan idea kenegaraan antaranya: Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan. Secara asasnya haruslah difahami di sini bahawa dalam mana-mana aspek perundangan akan sentiasa ada apa yang disebut pengecualian. Ini penting kerana manusia itu bersifat dinamik. Justeru, secara umumnya satu ketetapan diperlukan di samping pengecualian yang boleh diambil atas faktor keadaan. Sebagai contoh, secara umumnya semua orang bebas bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti. Namun, Parlimen boleh membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan sesiapa bekerja atau melakukan aktiviti lain dengan mengisytiharkan darurat atas faktor tertentu bersabit keselamatan negara misalnya ada ancaman serangan bersenjata oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, peruntukan perlembagaan dalam hal ini perlu dibaca dengan jelas bahawa ketetapan umumnya ialah jaminan kebebasan sementara sekatan ke atasnya adalah berdasarkan situasi – yang dinyatakan sebagai kepentingan keselamatan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis 1967 juga digunakan untuk menjustifikasikan tindakan polis semasa perhimpunan berlaku. Akta ini mensyaratkan kelulusan pegawai polis daerah berkenaan jika perhimpunan mahu dibuat dan kelulusan adalah atas budi bicara pihak polis. Ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah berkata Seksyen 27 Akta Polis 1967 ini tidak wajar dipakai kerana ia boleh mengelirukan undang-undang itu sendiri. Meskipun beliau tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengelirukan, saya fikir ini boleh dilihat dalam konteks bagaimana polis mempunyai lebihan kuasa berbanding Parlimen dalam isu kebebasan asasi dan pengecualiannya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan 2010 telah mencadangkan sejumlah pemansuhan sub-seksyen dalam Akta Polis tersebut di samping mengesyorkan polis menggunakan cara yang sederhana dan tanpa keganasan dalam menangani sebarang perhimpunan aman. SUHAKAM juga menegaskan hak berhimpun secara aman dan menekankan bahawa polis tidak patut bertindak secara syak wasangka, spekulasi, takut atau imaginasi. Perlu ada bukti jelas bahawa ketidakteraman awam dan kecenderungan ke arah keganasan berlaku. Dalam kata lain bersabit dua perkara di atas, meskipun kerajaan mempunyai tugas memastikan keamanan dan keselamatan, kebebasan berhimpun tidak harus disekat secara arbitrari (ditentukan sewenang-wenangnya tanpa satu piawaian dan sebab yang munasabah, misalnya berlaku tindakan luar kawal yang memaksa tindakan diambil). Dalam hal kebebasan berhimpun ini, penguatkuasaan Perkara 10(2) memerlukan satu keputusan Parlimen. Selain daripada persoalan di atas, Laporan Kebebasan Berhimpun yang diterbitkan oleh SUHAKAM juga baik untuk dirujuk. Saya juga tidak mahu meremehkan hujah kemungkinan huru-hara berlaku dan satu situasi tidak aman yang boleh menjejaskan perniagaan kerana sebagai seorang pendokong kebebasan pasaran, tentulah kedua-dua perkara ini tidak baik untuk kesejahteraan pasaran. Justeru, bagaimana perhimpunan ini boleh diteruskan dan persoalan ini dapat diselesaikan? Saya mahu mencadangkan agar: Pihak polis bertemu dengan penganjur dan membincangkan isu kawalan keselamatan untuk mencapai kedua-dua objektif – perhimpunan dan penyerahan memorandum serta keamanan. Kedua-dua pihak harus memberikan kerjasama untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar. Satu keputusan boleh diambil misalnya perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dibuat di Dataran Merdeka pada jam 10 pagi, bergerak ke Istana Negara dan tamat sebelum jam 12 tengah hari. Jika ada perhimpunan lain mahu diadakan oleh pihak tertentu misalnya Gerak Aman tau Pemuda UMNO, pihak polis boleh menentukan agar ia tidak mengganggu atau menghalang laluan perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 antara jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (mengambil kira pergerakan peserta perhimpunan untuk ke lokasi program dan bersurai). Perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 juga tidak boleh diadakan di tempat atau laluan perhimpunan lain. Konsep yang boleh diambil sebagai contoh di sini ialah lampu trafik di mana semua pihak diberikan hak pada tempoh waktu tertentu. Perhimpunan BERSIH 2.0 lebih jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman. Perhimpunan lain juga perlu jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman. Jika pihak polis boleh menutup jalan untuk laluan tertentu bagi tempoh tertentu semasa acara tertentu, perkara yang sama boleh dilakukan untuk hal ini. Pihak polis tidak perlu mengadakan sekatan trafik sejauh misalnya sekitar Perhentian Serdang untuk melambatkan pergerakan trafik. Saya percaya dengan makluman laluan perhimpunan BERSIH 2.0 (dan perhimpunan lain, jika ada) pada tempoh tertentu; orang ramai boleh membuat perancangan sendiri tentang kegiatan mereka, sama ada bersifat perniagaan atau tidak. Jika ada kekacauan timbul, pihak polis boleh menangkap individu atau kumpulan individu yang terbabit sahaja. Ini boleh dilakukan dengan bantuan peserta perhimpunan melalui rundingan awal tadi supaya disiplin perhimpunan dapat diwar-warkan. Selepas proses awal itu dibuat dan masih terdapat peserta yang tidak berdisiplin, jelaslah bahawa individu terbabit mungkin hadir untuk membuat sabotaj. Sepanjang pengalaman menyertai perhimpunan, saya berani katakan bahawa peserta perhimpunan cukup berdisiplin selagi tidak ada gangguan tidak munasabah seperti pancutan air kimia atau gas pemedih mata. Saya sangat percaya bahawa secara umumnya rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan. Namun, itu tidak bermakna keamanan mewajarkan rasuah dan salah guna kuasa dibiarkan. Ketidak-tenteraman awam juga boleh berlaku apabila rasuah dan salah guna kuasa berlaku tetapi didiamkan, malah suara yang menentang kebobrokan ini ditindas. Banyak negara boleh terus maju dengan jaminan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan juga bersuara terus dipelihara. Ada juga negara yang berdepan dengan tuntutan asasi untuk berhimpun dan juga bersuara kerana mereka kemunduran dan ketidaktentuan ekonomi dan politik di sana berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa. Akhir sekali kepada semua pihak yang saya percaya masing-masing mahu mengatakan mereka bertujuan baik, meminjam pertanyaan W.S. Rendra: “Maksud baik kamu untuk apa? Maksud baik kamu untuk siapa?” Amin Ahmad ialah Felo di Institut for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) |
Selasa, 21 Jun 2011
BERSIH DAN KEBEBASAN BERHIMPUN
Ahad, 12 Jun 2011
Betulkan PAS tolak negara Islam?
Perwakilan PAS telah memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang baru untuk penggal 2011-2013. Majoriti pasukan ini terdiri daripada golongan profesional (jurutera, doktor dan sebagainya). Mereka merupakan ahli-ahli PAS yang bukan berkelulusan agama atau berpangkatkan ulama.
Ekoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep 'negara berkebajikan'.
“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.
Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.
Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.
Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.
Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.
Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu 'mengawasi' supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).
Apakah pendirian Mat Sabu – yang memenangi kerusi timbalan presiden PAS baru-baru ini – mengenai hal ini?
Pak Sako adalah nama samaran seorang pemerhati politik.Ulasan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan sidang pengarang Malaysiakini
Paling ketara melemparkan kritikan ini tanpa sebarang bukti ialah Datuk Ibrahim Ali, presiden PERKASA dan Tun Dr Mahathir Mohamad, maskot persatuan tersebut.
Seperti kedua-dua pemimpin tersebut, rakyat Malaysia pun mungkin keliru tentang kedudukan PAS berhubung cita-cita melaksanakan negara Islam.
Rencana ini bertujuan menjawab soalan “sama ada PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya”.
A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?
PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.
Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai 'Islam'. Tidak pun dipinda kepada 'Kebajikan' ataupun 'Melayu'. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.
Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”.
Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.
Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah.
Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan.
B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat
Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).
Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).
Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya.
Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional.
Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk 'menjamin' kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).
Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.
Mampukah Datuk Nik Aziz Nik Mat menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.
Mengikut temuramah akhbar, beliau “terus mendokong konsep kepimpinan ulama” dan berpendapat bahawa “Majlis syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam”. Jelas bahawa Mat Sabu bukan ancaman kepada aspirasi negara Islam.
C. Kesimpulan
- Nik Aziz, Ppresiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.
- Konsep 'negara berkebajikan' yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam.
Ibrahim Ali, Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak perlu gelisah tentang halatuju PAS. Ini selagi majlis syura PAS yang menjadi nadi cita-cita negara Islam masih wujud dan tidak dibubarkan. Jawatankuasa kerja pusat hanya melaksanakan kehendak parti dan wajib mematuhi semangat perlembagaan parti.
- Konsep 'negara berkebajikan' dan pemilihan puak profesional ke dalam jawatankuasa kerja pusat lebih merupakan satu strategi PAS untuk memancing undi kelompok bukan Muslim dan Muslim golongan sederhana yang was-was terhadap 'pengIslaman' Malaysia yang radikal atau menyeluruh.
- PAS amat sedar bahawa negara Islam perlu dilaksanakan dengan lembut dan perlahan agar tidak ditentang masyarakat Malaysia yang tidak mendokong sebuah negara Malaysia yang berlandaskan Islam teokratik (yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan persekutuan Malaysia).
Tidak ada konflik langsung di antara golongan profesional dengan fahaman 'kepimpinan ulama'. Bezanya hanya dari segi pendekatan, iaitu sebahagian daripada golongan ulama lebih cenderung berpakat dengan Umno untuk mendapatkan kuasa manakala puak profesional berpegang bahawa PAS perlu menolak pinangan Umno dan mengalahkan Umno untuk merampas tampuk kuasa.
- Para pemimpin Umno yang kononnya melahirkan rasa dukacita terhadap slogan 'negara berkebajikan' PAS sebenarnya takut dengan pendekatan golongan profesional yang lebih agresif dan menolak usaha 'perpaduan' Melayu-Islam yang dipelopori Umno. Mereka berasa bimbang hilang undi jika penyokong Melayu atau bumiputera Umno lebih teruja dengan PAS yang 'berimej lembut' dan Pakatan Rakyat secara amnya.
Isnin, 6 Jun 2011
Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong
7 June 2011
7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.
Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.
Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.
Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.
Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.
Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.
Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
● Masyarakat madani
● Hak saksama (al-musaawah)
● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
● Keadilan (al-‘adalah)
● Meritokrasi (as-solahiyah)
● Negara berkebajikan
● Pentadbiran dinamik dan inovatif
Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.
Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.
Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas namaDokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.
Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:
● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
● Takwa
● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.
Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.
Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.
Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.
Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.
Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.
Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.
Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.
Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.
Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com
Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

Rabu, 1 Jun 2011
Allahyarham Fadzil Noor dan keterbukaan politik Islam – oleh Liew Chin Tong
1 June 2011
1 JUN: Dekad rerfomasi menampilkan ramai wira; selain protagonisnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak kurang penting peranannya lebih sedekad yang lalu adalah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Presiden PAS.
Pada 2 September 1998, negara terkejut dan keliru. Menyusuri tahun-tahun 1990-an perkara bukan-bukan seperti seorang menteri besar membawa wang tunai sebegitu banyak ke Australia manakala seorang menteri dituduh mencabul perempuan di bawah umur, tentunya ada kalangan rakyat yang percaya pemimpin besar seperti Anwar juga terjebak dengan amalan buruk sedemikian.
Tidak mustahil ada beberapa pemimpin PAS pada masa itu juga berfikiran yang sama.
Dalam keadaan negara terkejut dan keliru melihat seorang bakal perdana menteri dihina sebegitu rupa oleh pucuk pimpinan negara, ramai pula yang bersimpati dengan Anwar termasuk Fadzil yang terkenal dengan gelaran Ustaz Fadzil.
Fadzil dan Anwar mempunyai tali persahabatan panjang sejak hari-hari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sekitar tahun 1970-an sehingga nama anak perempuan sulung Anwar, iaitu Nurul Izzah, diberikan oleh pemimpin PAS itu.
Namun hubungan sedemikian tidak dikongsi oleh banyak pihak dalam PAS. Mereka masih tidak puas hati dengan penglibatan Anwar dalam UMNO sejak awal 1980-an. Mereka melihat tidak ada keperluan untuk tampil mempertahankan Anwar.
Tidak dapat dinafikan, selama tempoh 16 tahun Anwar berada dalam kerajaan Barisan Nasional, beliau menjadi musuh politik PAS. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil Anwar pada 1982 sebagai jawapan beliau ke atas agenda kebangkitan Islam yang dibawa oleh PAS.
Pada hari sejarah hitam Anwar dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa, liwat dan kaki perempuan, Fadzil menjadi satu-satunya pemimpin PAS yang berani mengambil tindakan yang betul.
Beliau menziarahi Anwar, pada masa itu masih di kediaman rasmi kerajaan, untuk memberi sokongan moral. Fadzil tidak memaklumkan rakan-rakan PAS mengenai pertemuannya itu. Beliau menutup telefon bimbitnya dan tiada siapa yang boleh menjejakinya pada malam itu. Para pemimpin PAS hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar keesokan harinya. Beberapa hari selepas itu, menurut Subky Latif dalam catatannya, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, Fadzil disoal “seolah-olah berdepan dengan tribunal.”
Fadzil mengambil risiko politik dan peribadi yang besar dengan membawa dirinya dan PAS untuk bersama dengan Anwar. Malah, ia tidak trhenti di situ sahaja. Fadzil bertindak menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) – badan yang menjadi jambatan di antara parti-parti politik dan NGO; dan satu daripada dua perintis kepada Barisan Alternatif bersama Gagasan Demokrasi Rakyat – tanpa kelulusan jawatankuasa pusat PAS.
Kedua-dua gagasan itu ditubuhkan pada 27 September 1998, seminggu selepas Anwar ditahan. Walau pun Anwar adalah simbol reformasi, Fadzil adalah tokoh yang melaksanakan idealisme reformasi itu dengan menyediakan pentas untuk rakyat menyuarakan sokongan.
Kesannya, walau pun dibantah oleh sebahagian besar pemimpin PAS, mereka gagal menyekat kesan pengaruh Anwar terhadap parti itu. Usaha Fadzil ternyata melangkaui fahaman dan pendirian kebanyakan pemimpin PAS ketika itu. Tindakan berani Fadzil ternyata berjaya dan berbaloi.
Rakyat khususnya orang Melayu marah dengan tindakan zalim Mahathir terhadap Anwar. Ada yang keluar UMNO untuk mencari platform politik baru. Anak-anak muda Melayu yang belum pernah berparti pula turut melihat PAS sebagai alternatif.
PAS menggandakan keahliannya pada akhir 1998. Antara tahun kelahirannya pada 1951 hingga akhir 1980-an, PAS yang mempunyai 300,000 ahli, telah meningkat jumlah kepada 450,000 sebelum September Oktober 1998. Pada 1999, PAS mempunyai 800,000 ahli. Kini parti itu mempunyai dikatakan 1 juta ahli.
Lidah rasmi parti, Harakah, meningkatkan edaran daripada zaman pra-reformasi sebanyak 72,000 naskhah sewaktu pilihan raya kecil Arau pada Julai 1998 kepada 380,000 naskhah pada tahun 1999, menyumbang pendapatan besar kepada tabung parti.
Perubahan-perubahan ini akhirnya menyumbang kepada prestasi luar jangkaan parti pada pilihan raya umum 1999. PAS menawan 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi negeri.
Fadzil mungkin bukan pemidato yang paling karismatik dalam ceramah-ceramahnya. Namun beliau adalah seorang tokoh strategi di samping pengasas pakatan yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Barisan Alternatif.
Selepas pilihan raya 1999, Fadzil mengingatkan PAS bahawa keputusan teruja itu bukan bukti sokongan positif terhadap pendirian PAS tetapi lebih kepada undi negatif kepada UMNO.
Ketika itu juga bangkit persoalan Negara Islam. Walau pun atas nama yang sama, soal prinsip dan ciri-cirinya berbeza di antara Fadzil yang lebih bersikap inklusif dan beberapa pemimpin lain dalam parti yang lebih tertutup dalam kefahaman mereka terhadap tafsiran Negara Islam.
Malangnya, sebelum sempat isu Negara Islam diselesaikan dengan baik, Fadzil telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun pada Jun 2002.
Mungkin apa yang akan berlaku jika hayatnya masih ada, isu rumit itu akan dapat dihuraikan dengan cara yang lebih teratur dan diterima ramai atas kepakaran strategi dan kesabaran Fadzil. Ia mungkin lebih telus dan kurang mengelirukan.
PAS tidak mendapat sambutan sehebat 1999 apabila bertanding dalam PRU 2004. Ia hilang banyak kerusi termasuk negeri Terengganu yang dirampas semula oleh BN. Kerusi Parlimen PAS pada masa itu tinggal 7 manakala DUN 36.
Perginya Fadzil merupakan satu kehilangan besar dalam politik negara. Di mana masyarakat masih diikat dengan politik kaum dan agama – walau pun sudah ada tanda-tanda kematangan demokrasi di kalangan rakyat masa kini – Fadzil telah sedikit-sebanyak mendahului zamannya. – Roketkini.com
Liew Chin Tong adalah Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bendera

Langgan:
Catatan (Atom)