| Ahmad Lutfi Othman |
| SUKAR sekali untuk saya menulis kolum kali ini. Selepas hampir dua jam terpaku di depan komputer, melayari pelbagai laman, kaki semakin lenguh menyengat dan pinggang sakit, namun idea belum juga muncul. Apa lagi yang menyiksakan bagi mana-mana penulis selain kebuntuan mencari ilham sedangkan masa bergerak pantas. Juru fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sering mengingatkan saya agar jangan terlalu "berlama-lamaan" menaip. Harus mengadakan senaman ringan atau paling tidak, menggerak-gerakkan anggota badan setiap 15 minit. Tetapi, adatlah, apabila asyik menulis atau ligat mencari bahan mengejar dead-line, tiga empat jam berlari pantas, segala nasihat terabai. Sedar-sedar, kaki tidak dapat dibengkok dan terasa kebas. Kalau boleh memang saya mahu menghindari topik yang hangat dibicarakan, iaitu kes video seks-lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim. Menyebutnya pun sudah meloyakan, apatah lagi dikaitkan dengan pelacur China. Ia terpampang di dada akhbar, memenuhi muka depan, hinggakan anak bongsu saya, berusia lapan tahun bertanyakan ibunya, "seks itu apa, bu?" Isteri sekadar menjeling tajam ke arah saya, mungkin menagih jawapan yang beradab. Kemusykilan si anak tidak dapat dirongkai. Kebetulan Harakah juga menjadikannya berita utama dan turut dibaca anak kecil. Ya, sukar juga untuk kami menyorot isu lain dalam keadaan negara hiruk-pikuk tertumpu kepada kontroversi berkenaan. Lebih penting, pembaca menuntut penjelasan dan fitnah mesti disanggah. Saya kira ramai lagi yang mempunyai pengalaman hampir serupa. Misalnya, apa yang mahu dijelaskan kepada anak-anak yang bertanyakan soal liwat ketika keluarga menonton berita TV jam lapan malam, yang seakan-akan memperincikan perlakuan songsang terkutuk itu apabila melaporkan perbicaraan mahkamah. Bayangkan, insiden 12 tahun lalu masih segar di ingatan, sehingga mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat. Tragedi mata lebam makin menghangatkan iklim politik. Tilam diusung ke mahkamah, bersama cebisan lendir dan bulu. Siapa sebenarnya yang dibicarakan di mahkamah ketika itu? Anwar atau maruah-kehormatan orang Melayu sendiri yang dipertaruhkan? Permainan politik yang sepatutnya beroperasi dalam kerangka akhlak dan adab menjadi cukup kotor dan hina. Ekoran daripada itu, Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Tidak lama selepas pembebasannya, pilihan raya umum 2004 menyusul. Mungkin personaliti Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan tiada isu-isu kontroversi membabitkan soal dalam kelambu dan keaiban peribadi. Tsunami politik, Mac 2008 menyentak. PRU12 dikatakan membawa elemen politik baru yang lebih segar. Politik yang tidak lagi terkepung dengan sentimen perkauman atau bermodalkan fitnah-tohmah, sebaliknya bercirikan idealisme luhur, membahaskan isu-isu ketelusan, keadilan, tata kelola pemerintahan yang baik, serta memartabatkan hak asasi manusia. Ekoran itu, peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan dipercepatkan. Malangnya, isu skandal peribadi muncul semula, juga membabitkan Anwar. Sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menyaksikan episod yang begitu mengaibkan. Istilah-istilah "geli-geleman" diperdengarkan kembali. Dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, pada pertengahan Ogos 2008, isu sumpah Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat heboh diperkatakan. Tunas politik baru yang mula berputik seperti terbantut. Di Perak, politik ugut bercampur-aduk dengan tawaran rasuah bagi membeli Adun Pakatan Rakyat. Akhir Ogos 2008, kita juga mendengar kes-kes pelik seperti "habuan sedekah seks" yang dibawa ke mahkamah oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR, sekarang SPRM). Tidak lama selepas itu, Februari 2009, kerajaan PAS-DAP-KeADILan yang diterajui Mohammad Nizar Jamaluddin tumbang. Rupanya budaya politik kuno masih dominan dan akar tunjangnya masih menjalar kukuh. Belum selesai kes liwat II, negara gempar lagi. Keaiban dipamerkan secara terbuka. Bagai mengulangi babak sebelum ini, perebutan "kuasa politik" juga menjadi paksinya. Dato' T tidak menunggu lama untuk tampil bangga membuat pengakuan. Lebih malang, menteri yang "menjaga polis dan undang-undang", Hishammuddin Hussein dan Nazri Aziz, berkokok dengan nada politik yang tebal. Jelas mereka membela Dato' T, yang ketika itu belum dikenali. Tanpa mengetahui hujung-pangkalnya, Anwar dibelasah cukup-cukup. Sah, ia satu permainan politik tahap murahan. Ketua Pembangkang itu mahu diperosok sedalam-dalamnya -- dengan apa jua cara. Tiada kelihatan langsung fokus Hishammuddin untuk menegakkan undang-undang. Hanya atas alasan tiada laporan polis dibuat, acara menonton video lucah di hotel mewah Carcosa Seri Negara itu seolah-olah bukan suatu kesalahan. Kecekapan, kebebasan dan tahap profesionalisme pihak polis diperjudikan. Sehinggalah Anwar sendiri membuat aduan rasmi di Balai Polis Dang Wangi baru siasatan dibuka. Cuba kita gambarkan, sekiranya video lucah yang dipertontonkan kepada para wartawan itu menjadikan Perdana Menteri, Najib Razak atau timbalannya Muhyiddin, atau anggota kabinet yang lain sebagai sasaran, apakah pihak polis dan Hishammuddin sendiri selaku Menteri Dalam Negeri akan sabar menunggu laporan polis sebelum dapat bertindak? Saya yakin, jika targetnya adalah Najib, seluruh kekuatan polis dan perisikan akan dikerah untuk menangkap Dato' T belumpun sempat tayangan adegan ranjang itu berakhir. Ia bukti amalan double-standard atau talam dua muka yang hanya merendahkan lagi kredibiliti pihak polis pada pandangan publik. Mulut celupar Nazri memang sukar dikawal. Mengulas tayangan aksi seks melampau di Carcosa, Nazri bertegas bahawa tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. "Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami," katanya. Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan Dato' T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan. "Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," kata Nazri mempertahankan Dato' T daripada kesan undang-undang terutama Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Abd Rahim Tamby Chik muncul membuat pengakuan bersama ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah (sambil mendakwa Bendahari Perkasa, Shuib Lazim turut terlibat) bahawa mereka bertiga adalah Dato' T, misteri video lucah itu mula tersingkap. Sekali lagi, yang timbul adalah persoalan "kuasa dan dendam kesumat", bukannya isu akhlak atau kebenaran yang mahu ditegakkan. Siapa tidak kenal Rahim dan sejarah hitam politiknya? Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah disumbat ke penjara Kajang selama 18 bulan pada 1998 tentu masih menyimpan cerita menarik Rahim. Saya sendiri pernah menulis dua buku politik tentang Rahim. Pertama, sebelum beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1993, dalam regu Anwar, Team Wawasan. Tajuk buku itu, Anwar Salah Pilih, jelas menggambarkan peringatan saya bahawa Anwar melakukan kesilapan besar memasukkan Rahim ke dalam pasukannya. Buku kedua, Siapa Dalang?, diterbitkan selepas Rahim dipaksa meletakkan jawatan atas alasan kepincangan moral. Anwar dilihat berperanan penting dalam kes penyingkiran Rahim. Saya difahamkan ramai penyokong Anwar lega apabila mengetahui Rahim menjadi dalang pengedaran video lucah itu. Malah, ahli-ahli Umno sendiri "terkejut" dengan pembabitan Rahim, yang dijangka akan membawa lebih banyak masalah kepada Najib dan BN sendiri. "Silap jalan, jika terbukti ia fitnah semata-mata, isu ini boleh menguburkan Umno dalam PRU13 nanti," kata seorang aktivis Umno. "Kalaupun Umno mahu berkonspirasi, Rahim adalah orang yang terakhir menjadi pilihan Umno," tambahnya. Namun begitu, episod ini baru saja bermula, penamatnya masih sukar untuk ditelah. Pengakuan Rahim tidak bermakna segalanya nampak mudah. Kita belum lagi mendengar reaksi Najib. Percaturan sedang berjalan. Seorang pemerhati politik berkata: "Pihak yang tidak banyak melakukan kesalahan akan lebih selamat." Petang tadi (Jumaat) seorang rakan sempat berpesan kepada saya, jika kita tidak dapat menerima fitnah dilemparkan kepada Anwar, maka kita juga usah terjerat dalam perangkap sama apabila secara terbuka membuat tuduhan-tuduhan berkaitan perlakuan seks kepada Rahim. Begitu juga dengan dakwaan berterusan kepada Najib, berkaitan Altantuya. Beliau meminta saya membaca tulisan terbaru Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas Mufti Perlis itu menegaskan tindakan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik dilarang agama. "Sama ada PAS, Umno dan KeADILan; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka," tulisannya dipetik. Artikelnya yang bertajuk Video Lucah dan Dosa Politik itu diakhiri dengan rumusan: "Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!" Bagaimanapun, ingatan Anwar di majlis solat hajat di kediamannya, malam 24 Mac lalu patut menjadi renungan penggerak Pakatan. Seperti dilaporkan Harakahdaily, Anwar menekankan: "Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita. "Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya." Yang pasti, medan tempur di Sarawak yang nampak sedikit terabai dengan isu ini perlu diberikan perhatian serius. Fokus harus disasarkan ke sana. ----- Artikel ini disiapkan pada 25 Mac 2011 |
Khamis, 31 Mac 2011
Jangan benarkan isu video seks lupakan kita kepada isu pokok
TENANG : CHUA SOI LEK DAN ANAK
Oleh Abu Ziyad
N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya, jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.
Mengikut statistik PAS JOHOR, DUN Tenang adalah DUN ke 10 terbaik dari segi pencapaiannya pada PRU12 2008 kerana mendapat peningkatan dalam pengundian kepada calon PAS kita iaitu sebanyak 16% meningkat berbanding PRU11 2004.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pada 17 disember 2010.Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12, 2008 apabila menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Harus diingat, Parlimen Labis yang di dalamnya terdapat Dun Tenang dulunya merupakan kubu kuat presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau tidak bertanding pada PRU 12 yang lepas disebabkan skandal video seksya yang sedang hangat diperkatakan. Namun, tempat beliau telah digantikan oleh anaknya Chua Tee Yong yang masih berjaya mengekalkan kedudukan MCA di Parlimen Labis Meskipun hampir keseluruhan kerusi yang dipertandingkan atas tiket MCA tewas di tangan calon DAP dan PKR.
Namun demikian,pada PRU 12 yang lepas proksi Chua Soi Lek yang juga anak presiden MCA sekarang hanya mampu memperolehi majoriti 4094 undi berbanding 10729 yang diperolehi Chua Soi Lek pada PRU 11 2004.Manakala,di kawasan Dun Tenang peningkatan di anggarkan undi cina meningkat sehingga 50 hingga 67 peratus kepada calon PAS Mohd Saim Siran yang belum pernah dicapai sebelum ini. Di kawasan India pula,Pas memperoleh hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara tetapi hanya mampu meraih sekitar 32.1 peratus undi di Ladang Bukit Dato. Jangkaan penulis yang juga anak jati Johor percaya Pakatan Rakyat yang diwakili PAS mampu meraih undi Cina sehingga 75%.
Namun demikian,pada PRU 12 yang lepas proksi Chua Soi Lek yang juga anak presiden MCA sekarang hanya mampu memperolehi majoriti 4094 undi berbanding 10729 yang diperolehi Chua Soi Lek pada PRU 11 2004.Manakala,di kawasan Dun Tenang peningkatan di anggarkan undi cina meningkat sehingga 50 hingga 67 peratus kepada calon PAS Mohd Saim Siran yang belum pernah dicapai sebelum ini. Di kawasan India pula,Pas memperoleh hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara tetapi hanya mampu meraih sekitar 32.1 peratus undi di Ladang Bukit Dato. Jangkaan penulis yang juga anak jati Johor percaya Pakatan Rakyat yang diwakili PAS mampu meraih undi Cina sehingga 75%.
Terdapat tiga penempatan Felda di kawasan DUN Tenang iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai seramai 4,000 pengundi. Ianya menjadi tumpuan kepada dua NGO yang berpihak kepada PR dan BN iaitu ANAK dan Bapak. pilihan raya kecil kali ini amat penting bagi PAS terutamanya ANAK bagi menilai tindak balas dan sokongan warga Felda terhadap ANAK dan PAS khususnya. Apakah warga Felda mengambil tahu perjuangan yang di bawa oleh ANAK pimpinan Mazlan Aliman ini?adakah warga Felda bersama ANAK Semuanya akan terjawab pd PRK N5 Dun Tenang nanti. kita sedia maklum undi golongan peneroka cukup dijaga oleh Barisan Nasional bagi menjamin kemenangan mereka.
Umum mengetahui, agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat Umno ini, namun segalanya berkemungkinan. Namun jika PR terutamanya PAS mampu mengurangkan margin atau jurang undi ianya sudah cukup bermakna bagi mengukur keupayaandan kekuatan untuk menawan Negeri Johor keseluruhanya pd PRU ke 13 kelak.
Umum mengetahui, agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat Umno ini, namun segalanya berkemungkinan. Namun jika PR terutamanya PAS mampu mengurangkan margin atau jurang undi ianya sudah cukup bermakna bagi mengukur keupayaandan kekuatan untuk menawan Negeri Johor keseluruhanya pd PRU ke 13 kelak.
Kesimpulanya, PR dan PAS khususnya perlu mengerah seluruh jentera untuk mengempur dan memberikan penerangan sebaik mungkin kepada seluruh pengundi di Dun Tenang. Semua undi adalah penting tidak kira warga Felda, bandar, pinggir bandar, Melayu, Cina, India, tua ataupun muda. Siapakah calon terbaik di Dun Tenang ini. Anjakan paradigma warga Johor untuk merubah menyokong Pakatan Rakyat terutama di Dun Tenang amat di nanti-nantikan. Kita tunggu dan lihat.
Pak Atan dan Si Tenang -Kabar
Oleh : Abu Ziyad
Masih ingatkah kita kisah Pak Atan dengan Si Tenang anak dugong? Kisah itu berlaku kira-kira 11 tahun yang lalu. Nama Pak Atan dan keluarganya menjadi popular di negara ini apabila kisah lelaki itu dan dugong peliharaan kesayangannya menghiasi dada akhbar hampir setiap hari. Pak Atan menjaga anak dugong itu dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri biarpun berasa amat sedih apabila pihak berkuasa mengarahkan supaya mamalia itu dilepaskan semula ke laut.
Pada 11 Mac 1999, kisah itu menjadi lebih gempar apabila dugong yang dipanggil Si Tenang itu dijumpai mati terapung di Selat Tebrau selepas hanya 41 jam dilepaskan Pak Atan. Bangkai mamalia itu ditemui oleh seorang nelayan yang sedang menjala udang tidak jauh dari tempat ia dilepaskannya.
Menyelak memori, Pak Atan dan anaknya, Roslan, 35, menemui anak dugong itu setelah ia terperangkap dalam jaring udang berhampiran kelong mereka kira-kira 100 meter dari Kampung Pasir Putih pada 25 Februari tahun yang sama.
Ketika ditemui, Si Tenang mengalami luka di bahagian mulut dan juga ekor, mungkin kerana terlanggar teritip semasa mencari makan. Sejak penemuan anak dugong itu dilaporkan, pelbagai pihak termasuk Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Jabatan Perikanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyuarakan kebimbangan terhadap nasib mamalia laut itu dan mahu ia dilepaskan semula.
Pak Atan dengan berat hati terpaksa melepaskan semula anak dugong itu setelah menerima arahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Perhilitan. Namun kematian tragis dugong itu mengundang kesedihan sekali gus mencatatkan sejarah hitam kepada Pak Atan dan keluarganya, malah masyarakat turut berkongsi perasaan yang sama.Masing-masing berpendapat sekiranya Si Tenang terus dipelihara buat sementara waktu sehingga lukanya sembuh, ia mungkin terselamat daripada bahaya di laut.
Pak Atan seorang warga emas hanya tinggal di rumah rakit yang uzur dan daif di Kampung Pasir Puteh, Pasir gudang, Johor. Satu negeri dengan Dun Tenang salah satu tempat yang bakal menjadi terkenal dan rakyatnya bakal menerima rezeki yang melimpah ruah hasil dari rentetan Pilihanraya kecil yang akan diadakan 30 Januari 2011 akan datang.
Bukan kisah keistimewaan Si Tenang yang penulis ingin ceritakan, tetapi kisah Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang berkait rapat dengan Pak Atan warga negeri Johor. Bukan sedikit rakyat Johor yang senasib dengan Pak Atan, hidup cukup-cukup makan dan ada yang masih dibelenggu kedaifan hidup. Mungkinkah orang seperti Pak Atan ini sekadar mengeluh jika harga gula untuk membancuh kopi atau teh telah dinaikkan oleh kerajaan yang mereka pilih. Di dada-dada akhbar penuh dengan alasan, pujian dan sandiwara ke atas pemerintah yang Pak Atan pilih. Namun, tanpa disedari hidupnya semakin hari semakin sukar.
Nun di seberang Selat Tebrau, sebuah negara sedang menuju negara maju. Tanah sekitar yang Pak Atan duduki sekarang adalah sebuah Koridor yang begitu gah bunyinya. Rakyat di negara jiran khabarnya bakal dapat memilki sebahagian hartanah di sedikitar daerah Pak Atan tinggal. Namun, adakah Pak Atan cukup berbangga dengan hanya tinggal di atas rumah rakit di atas air? Atau Pak Atan sekadar mengeluh tetapi tidak mahu berubah dan tunggu masa untuk diubah? Tetapi yang pasti di dalam benak hati Pak Atan hanya di situlah dunianya.
Masyarakat Johor terkenal dengan kesetiaan dan. komitmennya, andai berubah dia akan terus berubah dan akan setia dengan perubahannya. Adakah Pakatan Rakyat sedar akan faktor ini? Pak Atan memerlukan maklumat yang lebih luas dan terbuka. Dengan zaman globalisasi yang mudah mengakses maklumat golongan seperti Pak Atan sangat jauh ketinggalan. Mereka masih mengenang zaman dahulu kala. Mereka sangat mempercayai Telivisyen, Radio dan akhbar arus perdana. Sedangkan dunia sudah berubah. Pemimpin yang beliau percayai dulu sudah tiada, pewarisnya sudah jauh berubah. Pak Atan tanpa dia sedari drinya sedang dan terus ditindas.
Akhirnya, penulis menasihati Pakatan Rakyat agar terus berusaha tanpa mengenal penat lelah menyedarkan Pak Atan dan kelompoknya untuk berubah menyokong dan mendokong perjuangan yang menguntungkan mereka dan generasinya. Adakah Pakatan Rakyat mampu untuk membawa inspirasi perubahan ke minda kawan-kawan Pak Atan di Dun Tenang? Sama-sama kita tunggu.
Suku Malaysia atau 1Malaysia? - Kabar
Oleh : Abu Ziyad
Umum mengetahui gagasan 1 Malaysia yang kononnya ciptaan Dato’ Seri Najib adalah agenda politik BN. Kalau tidak mengapa ianya ditampal dan dilukis di poster-poster dan papan tanda di AGM Umno dan program-program BN. Slogan dan gagasan itu ternyata ritorik semata-mata bila mana segala tindakan dan pentadbiran kerjaaan BN pusat seolah-olah terpilih kepada negeri-negeri tertentu saja. Bukankah ini menunjukkan tindakan itu bukan 1 malayisa tetapi suku Malayisa.
Peruntukan yang sepatutnya diberi kepada negeri-negeri yang berada dalam satu Malaysia hanya di beri kepada negeri-negeri yang di perintah BN sahaja dan diwujudkan pula JKKP di negeri-negeri yang diperintah PR. kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil-wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan. Mengapa Ahli Parlimen dan Adun PR dinafi peruntukan? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah dan BN pula boleh?. Bukankah ini jugadi panggil Suku Malaysia?
Malahan, bukan sahaja 1Malaysia, satu Melayupun banyak berlaku diskriminasi, Melayu Umno yang ada kepentingan sahaja diberi perhatian, melayu Umno yang tiada jawatan atau bukan suku sakatnya di sisih begitu saja. Jauh sekali untuk berlaku adil kepada melayu PAS, PKR dan melayu-melayu yang lain. Mereka ini mungkin diberi perhatian bila mana berlaku kematian Adun yang mewakili mereka. Itupun sekadar untuk meraih undi. mereka dibiarkan setelah mereka menang dan lebih malang lagi kalau wakil calon 1Malaysia itu kalah. Maka, calon tadi dengan janji-janjinya hanya lah sekadar Suku Malaysia.
1Malaysia tidak ubah seperti ayat songsang kepada politik perkauman sempit yang dibawa oleh Umno-BN. Ianya jelas terbukti bila mana Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin yassin menyatakan Melayu dulu Baru 1Malaysia. Bukankah ini satu kenyataan yang mengelirukan? Bukankah ini dipanggil Suku Malaysia?
1Malaysia ternyata sekadar slogan yang di bawa oleh Perdana Menteri DS Najib bagi menggantikan slogan Wawasan 2020 dan Islam Hadhari. Beliau tak mungkin akan mengaku kalah dengan slogan-slogan yang di bawa oleh Perdana Menteri sebelum-sebelumnya. Maka jika PR menyatakan 1Malaysia adalah slogan agenda poltik sementara PM sekarang adalah amat tepat sekali. Jika Perdana Menteri bertukar maka 1Malaysia pastinya akan berkubur juga.
Ada baiknya juga bila kerajaan Negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di negeri itu kecuali untuk tujuan perniagaan . Tindakan tersebut menyebabkan TS Muhyidin Yassin menyatakan PR takut. Realitinya bukan takut tetapi muak dan menyampah. Apakan tidak, bila gambar Menteri Besar Kedah, Menteri Besar bagi seluruh rakyat Kedah di halang oleh Kementerian Pelajaran untuk di paparkan di sekolah-sekolah dalam negerinya. Sedangkan Gambar Menteri Besar BN sebelum ini boleh pula. Bukankah tindakan Kerajaan negeri Selangor tepat? Dan wajar dituruti di negeri-negeri PR yang lain, bagi mengajar erti sebenar 1Malaysia.
Falsafah BN dan 1Malaysia sendiri jauh bercanggah dan tersasar apabila parti komponen mereka hanya memperjuangkan kaum masing-masing. Umno-BN ternyata menggunakan kepentingan 1Malaysia bagi menutupi penguasaan mereka kepada parti-parti komponen BN yang lain dan dasar ekstrem perkauman mereka. Bukankah Falsafah Suku Malaysia sudah mereka amalkan dalam parti BN itu sendiri?. Ternyata, Falsafah dan gagasan ini umpama senjata makan tuan dan menjadi retorik semata-mata. Akhirnya, wujud lah NGO perkauman seperti Perkasa, Hindraf dan seumpamanya yang memperjuangkan dasar asal Umno dan parti komponen BN itu sendiri iaitu menjaga kepentingan kaum melayu dan kaum masing-masing.
Kesimpulannya, bukan gagasan atau falsafah semata-mata yang perlu gah dan menarik. Tetapi, perlaksanaan dasar dan falsafah itu dapat dihayati dan difahami oleh semua lebih-lebih lagi kononnya yang mencipta 1Malaysia itu sendiri. Mungkin kita boleh nilai Umno-BN sebenarnya menjana transformasi gagasan Suku Malaysia atau Setengah Malaysia dan mungkin juga Tiga Suku Malaysia. Tibalah masanya rakyat Malaysia untuk menyokong Pakatan Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia. Sama-sama kita renungkan.
Rabu, 30 Mac 2011
FITNAH POLITIK - KABAR
Oleh : Abu Ziyad
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfaal ayat 25 “Dan takutlah sekalian kamu kepada fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim di kalangan kamu “
Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan. Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa. justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.
Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar. Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat masyarakat Islam berantakan sesama sendiri.
Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah. Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas. Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan benar. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan pihak lawan berlainan edeologi politik. Meskipun wujud perbezaan pandangan dan kelainan tindakan di kalangan ahli politik ia tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah.
Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sesama sendiri bahkan kesannya lebih kejam. Hanya dengan sebab fitnah, persaudaraan entah ke mana dan persahabatan entah ke mana. Maka terbuktilah bahawasanya lidah ini lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah juga menyebabkan luka lama akan kembali berdarah dan seterusnya akan membarah jika tidak dihentikan dengan segera.
Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar. Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat masyarakat Islam berantakan sesama sendiri.
Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah. Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas. Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan benar. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan pihak lawan berlainan edeologi politik. Meskipun wujud perbezaan pandangan dan kelainan tindakan di kalangan ahli politik ia tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah.
Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sesama sendiri bahkan kesannya lebih kejam. Hanya dengan sebab fitnah, persaudaraan entah ke mana dan persahabatan entah ke mana. Maka terbuktilah bahawasanya lidah ini lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah juga menyebabkan luka lama akan kembali berdarah dan seterusnya akan membarah jika tidak dihentikan dengan segera.
Firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat ke 6 “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”
Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.
Padamkan segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak, sebaliknya ahli politik, negara dan masyarakat akan binasa, berpecah-belah, masa depan negara menjadi suram dan Allah akan murka.
Firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat ke 12 “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?”
Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.
Padamkan segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak, sebaliknya ahli politik, negara dan masyarakat akan binasa, berpecah-belah, masa depan negara menjadi suram dan Allah akan murka.
Firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat ke 12 “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?”
Penyebaran fitnah seks yang menjadi-jadi terutama menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April ini secara langsung mencemar maruah negara di mata dunia, lebih malang lagi ianya melibatkan ahli-ahli politik di kalangan orang melayu Islam sendiri.
Firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat ke 9 “Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.”
Rakyat diharap agar tidak terpengaruh dengan fitnah dan tuduhan melulu yang tidak berlandaskan perintah dan tatacara Islam ini. Sesungguhnya politik bersih perlulah diterapkan di kalangan ahli politik khususnya dan rakyat umumnya. Singkirkan pihak yang tidak bertamadun, menyebar fitnah dan mengadu domba dengan menghukum mereka di peti undi. Rakyat perlu bijak baru lah negara akan menuju kepada sebuah kestabilan politik bersih yang diharapkan.
Selasa, 22 Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)