Khamis, 31 Mac 2011

TENANG : CHUA SOI LEK DAN ANAK



Oleh Abu Ziyad

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya, jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.
Mengikut statistik PAS JOHOR, DUN Tenang adalah DUN ke 10 terbaik dari segi pencapaiannya pada PRU12 2008 kerana mendapat peningkatan dalam pengundian kepada calon PAS kita iaitu sebanyak 16% meningkat berbanding PRU11 2004.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pada 17 disember 2010.Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12, 2008 apabila menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Harus diingat, Parlimen Labis yang di dalamnya terdapat Dun Tenang dulunya merupakan kubu kuat presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau tidak bertanding pada PRU 12 yang lepas disebabkan skandal video seksya yang sedang hangat diperkatakan. Namun, tempat beliau telah digantikan oleh anaknya Chua Tee Yong yang masih berjaya mengekalkan kedudukan MCA di Parlimen Labis Meskipun hampir keseluruhan kerusi yang dipertandingkan atas tiket MCA tewas di tangan calon DAP dan PKR.

Namun demikian,pada PRU 12 yang lepas  proksi Chua Soi Lek yang juga anak presiden MCA sekarang hanya mampu memperolehi majoriti 4094 undi berbanding 10729 yang diperolehi Chua Soi Lek pada PRU 11 2004.Manakala,di kawasan Dun Tenang peningkatan di anggarkan undi cina meningkat sehingga 50 hingga 67 peratus kepada calon PAS Mohd Saim Siran yang belum pernah dicapai sebelum ini. Di kawasan India pula,Pas memperoleh hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara tetapi hanya mampu meraih sekitar 32.1 peratus undi di Ladang Bukit Dato. Jangkaan penulis yang juga anak jati Johor percaya Pakatan Rakyat yang diwakili PAS mampu meraih undi Cina sehingga 75%.
Terdapat tiga penempatan Felda di kawasan DUN Tenang iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai seramai 4,000 pengundi. Ianya menjadi tumpuan kepada dua NGO yang berpihak kepada PR dan BN iaitu ANAK dan Bapak. pilihan raya kecil kali ini amat penting bagi PAS terutamanya ANAK bagi menilai tindak balas dan sokongan warga Felda terhadap ANAK dan PAS khususnya. Apakah warga Felda mengambil tahu perjuangan yang di bawa oleh ANAK pimpinan Mazlan Aliman ini?adakah warga Felda bersama ANAK Semuanya akan terjawab pd PRK N5 Dun Tenang nanti. kita sedia maklum undi golongan peneroka cukup dijaga oleh Barisan Nasional bagi menjamin kemenangan mereka.

Umum mengetahui, agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat Umno ini, namun segalanya berkemungkinan. Namun jika PR terutamanya PAS mampu mengurangkan margin atau jurang undi ianya sudah cukup bermakna bagi mengukur keupayaandan kekuatan  untuk menawan Negeri Johor keseluruhanya pd PRU ke 13 kelak.

Kesimpulanya, PR dan PAS khususnya perlu mengerah seluruh jentera untuk mengempur dan memberikan penerangan sebaik mungkin kepada seluruh pengundi di Dun Tenang. Semua undi adalah penting tidak kira warga Felda, bandar, pinggir bandar, Melayu, Cina, India, tua ataupun muda. Siapakah calon terbaik di Dun Tenang ini. Anjakan paradigma warga Johor untuk merubah menyokong Pakatan Rakyat terutama di Dun Tenang amat di nanti-nantikan. Kita tunggu dan lihat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan