Oleh : Abu Ziyad
Umum mengetahui gagasan 1 Malaysia yang kononnya ciptaan Dato’ Seri Najib adalah agenda politik BN. Kalau tidak mengapa ianya ditampal dan dilukis di poster-poster dan papan tanda di AGM Umno dan program-program BN. Slogan dan gagasan itu ternyata ritorik semata-mata bila mana segala tindakan dan pentadbiran kerjaaan BN pusat seolah-olah terpilih kepada negeri-negeri tertentu saja. Bukankah ini menunjukkan tindakan itu bukan 1 malayisa tetapi suku Malayisa.
Peruntukan yang sepatutnya diberi kepada negeri-negeri yang berada dalam satu Malaysia hanya di beri kepada negeri-negeri yang di perintah BN sahaja dan diwujudkan pula JKKP di negeri-negeri yang diperintah PR. kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil-wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan. Mengapa Ahli Parlimen dan Adun PR dinafi peruntukan? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah dan BN pula boleh?. Bukankah ini jugadi panggil Suku Malaysia?
Malahan, bukan sahaja 1Malaysia, satu Melayupun banyak berlaku diskriminasi, Melayu Umno yang ada kepentingan sahaja diberi perhatian, melayu Umno yang tiada jawatan atau bukan suku sakatnya di sisih begitu saja. Jauh sekali untuk berlaku adil kepada melayu PAS, PKR dan melayu-melayu yang lain. Mereka ini mungkin diberi perhatian bila mana berlaku kematian Adun yang mewakili mereka. Itupun sekadar untuk meraih undi. mereka dibiarkan setelah mereka menang dan lebih malang lagi kalau wakil calon 1Malaysia itu kalah. Maka, calon tadi dengan janji-janjinya hanya lah sekadar Suku Malaysia.
1Malaysia tidak ubah seperti ayat songsang kepada politik perkauman sempit yang dibawa oleh Umno-BN. Ianya jelas terbukti bila mana Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin yassin menyatakan Melayu dulu Baru 1Malaysia. Bukankah ini satu kenyataan yang mengelirukan? Bukankah ini dipanggil Suku Malaysia?
1Malaysia ternyata sekadar slogan yang di bawa oleh Perdana Menteri DS Najib bagi menggantikan slogan Wawasan 2020 dan Islam Hadhari. Beliau tak mungkin akan mengaku kalah dengan slogan-slogan yang di bawa oleh Perdana Menteri sebelum-sebelumnya. Maka jika PR menyatakan 1Malaysia adalah slogan agenda poltik sementara PM sekarang adalah amat tepat sekali. Jika Perdana Menteri bertukar maka 1Malaysia pastinya akan berkubur juga.
Ada baiknya juga bila kerajaan Negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di negeri itu kecuali untuk tujuan perniagaan . Tindakan tersebut menyebabkan TS Muhyidin Yassin menyatakan PR takut. Realitinya bukan takut tetapi muak dan menyampah. Apakan tidak, bila gambar Menteri Besar Kedah, Menteri Besar bagi seluruh rakyat Kedah di halang oleh Kementerian Pelajaran untuk di paparkan di sekolah-sekolah dalam negerinya. Sedangkan Gambar Menteri Besar BN sebelum ini boleh pula. Bukankah tindakan Kerajaan negeri Selangor tepat? Dan wajar dituruti di negeri-negeri PR yang lain, bagi mengajar erti sebenar 1Malaysia.
Falsafah BN dan 1Malaysia sendiri jauh bercanggah dan tersasar apabila parti komponen mereka hanya memperjuangkan kaum masing-masing. Umno-BN ternyata menggunakan kepentingan 1Malaysia bagi menutupi penguasaan mereka kepada parti-parti komponen BN yang lain dan dasar ekstrem perkauman mereka. Bukankah Falsafah Suku Malaysia sudah mereka amalkan dalam parti BN itu sendiri?. Ternyata, Falsafah dan gagasan ini umpama senjata makan tuan dan menjadi retorik semata-mata. Akhirnya, wujud lah NGO perkauman seperti Perkasa, Hindraf dan seumpamanya yang memperjuangkan dasar asal Umno dan parti komponen BN itu sendiri iaitu menjaga kepentingan kaum melayu dan kaum masing-masing.
Kesimpulannya, bukan gagasan atau falsafah semata-mata yang perlu gah dan menarik. Tetapi, perlaksanaan dasar dan falsafah itu dapat dihayati dan difahami oleh semua lebih-lebih lagi kononnya yang mencipta 1Malaysia itu sendiri. Mungkin kita boleh nilai Umno-BN sebenarnya menjana transformasi gagasan Suku Malaysia atau Setengah Malaysia dan mungkin juga Tiga Suku Malaysia. Tibalah masanya rakyat Malaysia untuk menyokong Pakatan Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia. Sama-sama kita renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan